Selasa, 24 Februari 2009

CARA MEMBUAT STATISTIK MARKAH (EXCEL)


PENGENALAN STRATEGI HEADCOUNT EXCEL

Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit
dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut
dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata
pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha
meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian
sekolah secara keseluruhan.
Istilah Headcount bermaksud : “An inventory of people in a group taken by counting individuals.”.
yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam disekolah menengah.
Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara
terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan
potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut
disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu
ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.

ISTILAH DAN ASAS HEADCOUNT

TOV (Take Off Value) bermaksud nilai letak kerja seseorang murid
berdasarkan potensi sedia ada seperti hasil pembelajaran (pencapaian
akademik) dalam setiap mata pelajaran.

ETR (Expected Targeted Result) bermaksud sasaran hasil pembelajaran
yang diharapkan dengan merujuk kepada sesuatu penilaian atau berdasarkan
keputusan peperiksaan terakhir.

OTR (Operational Targeted Result) bermaksud hasil pembelajaran yang
disasar berasaskan TOV dan ETR yang ditetapkan.
Contoh: OTR1 dan OTR2.

OTI (Operational Targeted Increment) bermaksud peningkatan hasil
pembelajaran yang disasarkan.

Contoh:
OTI1 = OTR1 – TOV, OTI2 = OTR2 – OTR1
AR (Acquired Result) bermaksud hasil pembelajaran yang sebenar diperoleh
pada beberapa peringkat peperiksaan.

Contoh:
AR1 merupakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
(sekiranya peperiksaan Pertengahan Tahun merupakan peperiksaan yang
pertama yang diambil kira).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan