Ahad, 15 Februari 2009

TEORI PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU

APA ITU PEMBELAJARAN?

Definisi: perubahan yang disebabkan oleh pengalaman

Jenis-jenis pembelajaran

Disengajakan(Intentional)

Tidak disengajakan (Unintentional)

PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF TINGKAH LAKU

Menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan

Pembelajaran dikatakan berlaku bila rangsangan daripada persekitaran menghasilkan perubahan yang agak tekal dan boleh diperhatikan

Ahli-ahli tingkah laku melihat pembelajaran sebagai perkaitan antara ransangan (stimulus- sesuatu yang memberi kesan kepada deria) dan gerakbalas (response- reaksi kepada rangsangan)

MODEL PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU

Pembelajaran Kontiguiti berlaku bila suatu rangsangan dan gerakbalas dikaitkan kerana keduanya sering dipasangkan atau seringkali berlaku bersama-sama.

Boleh berlaku melalui latih tubi

Ch: sifir

TEORI PELAZIMAN KLASIK

Pelaziman klasik (Classical conditioning) merupakan perkaitan antara satu respon semulajadi (automatic response) dengan satu rangsangan baru

Pavlov menjalankan eksperimen dengan anjing menggunakan rangsangan yang berbeza (loceng dan garpu) untuk merangsang pengeluaran air liur anjing.

Anjing mengeluarkan air liur secara semulajadi bila makan (tingkah laku yang tidak dipelajari-unlearned behaviour):

Makanan adalah satu rangsangan tidak terlazim (unconditioned stimulus (US))

Air liur adalah satu gerak balas tidak terlazim (unconditioned response (UR))

2 Garpu/loceng dibunyikan sebelum makanan diberi

3 Anjing belajar(learns) mengaitkan makanan dengan bunyi dan mengeluarkan air liur seiap kali terdengar bunyi garpu:

Bunyi garpu/loceng merupakan rangsangan terlazim (conditioned stimulus (CS))

Mengeluarkan air liur bila terdengar bunyi garpu/loceng merupakan gerakbalas terlazim(tingkah laku yang dipelajari)

(conditioned response (CR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan