Jumaat, 6 Mac 2009

KEPERLUAN EXCEL



EXCEL perisian yang sangat penting untuk seorang guru.. Salah satu penggunaan perisian excel adalah untuk memasukkan markah-markah pelajar, dan markah-markah tersebut boleh dianalisis dengan lebih cepat, so boleh menjimatkan waktu.. Bagaimana caranya:


Sediakan colum untuk memasukkan nama pelajar, subjek, gred dan jumlah keseluruhan markah. Penuhkan apa yang patut terlebih dahulu seperti nama-nama pelajar..
Untuk memasukkan gred setiap pelajar dengan lebih cepat.. Sediakan colum untuk gred di bahagian tepi contoh 0 = E, 40 = D, 55 = C, 70 = B & 80 = A. Kemudian bold kan dan seterusnya pergi ke Formulas - define name (colum name: GRED) dan ok..
Click colum gred (contoh untuk markah BM) - Formulas - insert function.. Select a function- vlookup Lookup_value = (click markah BM)
Table_array = Taip GRED

Col_index_Num = 2

Range_lookup = True

OK - (ini untuk menentukan gred setiap pelajar dan seterusnya click kat markah BM dan tarik ke bawah dan gred untuk semua pelajar bagi markah BM akan dipaparkan).

Untuk dapatkan jumlah keseluruhan pelajar, Bold semua markah pelajar dan pergi ke formulas- auto sum..

Untuk melihat berapakan bilangan pelajar mendapat gred A, B, C, D & E

Buat colum, kemudian
Formulas - insert function - countif - Range : Bold gred BM
Criteric : A

Boleh buat untuk setiap subjek

Untuk membuat graf bold kan colum tersebut dan insert graf yang diminati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan